Thursday, March 11, 2010

permulaan cerita

hari ni hari Jumaat.esok lusa cuti, x sabar rasanya.bukan sbb nak pegi jalan2 atau shopping mcm dulu2 tp skrg aku lebih suka berada di rumah jaga husband dan anak.kalau hari kerja pun aku x boleh nak fokus sgt sbb mesti teringat kat husband kat rumah yg x berapa sihat.baru sebulan lebih kami tahu yg dia sakit buah pinggang.dia dah start buat hemodialisis tp buat masa skrg 2 kali seminggu je.juga teringat kat anak yg baru pulih dari demam campak.anak ku Ahmad Fahim makin petah dan cerdik, dia tahu babah dia sakit so bila aku xde, dia yg selalu ingatkan babah dia untuk mkn ubat.dia baru berumur 2 tahun setengah.dia menjadi penghibur dan pembakar semangat kepada suamiku.semasa suamiku terlantar di hospital selama sebulan lebih, Ahmad Fahim lah menjadi penglipurlara kepada penghuni wad 3-4 hospital besar melaka.berbalik kepada hal suamiku, hari ni aku sedikit risau sbb pagi td bdn dia panas spt nak demam.smlm dia pegi berubat smpi 2 tempat,keluarga mertuaku yg bawa.bila blk aku tgk dia dah terlampau letih.harap2 dia xde apa2.sebenarnya terlalu byk dugaan yg aku hadapi dlm hidup ini.sblm ni anak kedua ku meninggal juga disebabkan masalah buah pinggang.19 mac ni genaplah setahun kelahiran dan pemergiannya.dia meninggal 3 jam selepas lahir.aku redha dengan setiap yg berlaku tp aku akan berusaha untuk sentiasa memperbaiki keadaan.Allah bagi ujian mengikut kemampuan kita,kalau kita mmg penyabar maka byklah dugaannya.itulah nasihat yg aku terima dari seorang sahabat yg tak pernah aku bersua muka.kenal hanya melalui fb.InsyaAllah aku akan cuba menjadi insan yg kuat demi suami dan anak2 ku (termasuk yg dlm kandungan ni ). :)

No comments:

Post a Comment