Wednesday, March 31, 2010
scan
hari ni baru mula keje blk setelah bercuti selama 5 hari, suamiku x sihat smpi xleh bangun. nak pegi bilik air pun kena papah sbb bdn dia lemah sgt.tp hari ni nampak ok skit, cuma dia mengantuk sbb xleh tido mlm.bila mlm je batuk dia makin teruk, mgkn sbb sejuk agaknya. Ahmad Fahim pun mcm nak kena selsema tp awal2 aku dah bg ubat dah. syukur alhamdulillah, aku masih berdaya lg untuk menjaga kedua2 insan tersayang. skrg kandunganku dah nak masuk 5 bulan setengah. pergerakan baby dari hari ke hari makin kuat ku rasa. aktif mcm abang dia. kelmarin sementara tunggu suamiku dialisis, aku pegi klinik terdekat untuk scan. tujuan utama untuk tgk keadaan kandunganku, air ketuban dll. doktor kata semua ok tp kalau aku x puas hati, boleh buat detail scan kat hospital swasta yg beliau syorkan. mgkn sbb aku byk tanya kot, sbb tu dia suh wat detail scan. sebenarnya aku masih ada perasaan fobia dgn apa yg berlaku kpd arwah anak ku Faris, sbb tu aku byk tanya. yelah, dlm keadaan skrg aku x boleh abaikan kandunganku, lgpun suamiku selalu pesan jgn disebabkan diri dia smpi kandunganku terabai. InsyaAllah, selagi terdaya aku akan jaga ketiga2 insan penting dlm hidupku, suamiku, Ahmad Fahim dan kandunganku. dan aku juga xkan melupakan Ahmad Faris, walaupun dia tidak bersama kami. masa scan tu aku saja je tanya kot2 leh nampak jantina kandunganku, doktor pun trylah tgk..tetiba dia senyum dan tunjukkan sesuatu...hehe...baby boy (maybe katanya). alhamdulillah, aku mmg x kisah sama ada boy atau girl, walaupun yg sblm ni kedua2nya lelaki. asalkan dia sihat dan sempurna...amin..
Sunday, March 21, 2010
suamiku...
gambar sebelah ialah gambar suamiku sblm dia sakit.saje masukkan gambar ni sbb aku mmg suka tgk bila dia tgh mentelaah.alhamdulillah, smlm dia dah selamat buat tapak utk dialisis kat tangan,cuma lepas ni kena tggu 6 minggu utk tempoh matang tapak tu.kalau dah boleh guna kat tangan, tiub yg kat leher tu bolehlah dicabut...kesian dia, tido pun x selesa..terima kasih kat pakcik Umar sbb bermurah hati utk tanggung kos wat tapak tu...kena dalam seribu lebihlah jugak...syukur sgt sbb ada org tolong, sbb aku pun bknnya ada duit sgt, gaji pun x besar.pastu bayaran dialisis pun kena tanggung sendiri selagi belum dpt bantuan mana2 agensi.tp setakat ni, alhamdulillah sbb segalanya sentiasa dipermudahkan olehNYA.mungkin sbb semasa sihat, suamiku sentiasa menolong org tanpa mengharapkan balasan.mmg ramai yg berhutang dgn suamiku tp dia x pernah pun minta dibayar balik.walau susah mcm manapun dia x pernah susahkan org lain.bila ditanya, dia akan jawab takpe sbb Allah dah tetapkan rezeki masing2.aku amat bersyukur sbb dpt seorang suami sptnya,susah senang kita bersama.
Thursday, March 18, 2010
Ahmad Faris Bin Hj Mohd Khir Rashidy

Salam semua.Hari ni genap setahun kelahiran dan pemergian anak keduaku Ahmad Faris Bin Hj Mohd Khir Rashidy.dia meninggal selepas 3 jam dilahirkan.gambar di atas diambil oleh doktor pakar yg incharge hari tu.gambar hitam putih je.ini je kenangan yg ada tp Faris mmg sentiasa dlm ingatan mama.mama ingat lg hari tu doktor bagi pilihan kat mama, sama ada nak bersalin induce/normal atau operation.katanya kalau induce/normal akan beri tekanan pada Faris sbb takut Faris lemas tp kalau operation mmg risiko pada mama.tp mama pilih operation sbb nak selamatkan Faris.tp dah memang perjanjianNya, Faris pergi jua.walaupun operation tp mama rasa sakitnya,org ckp operation tak sakit tp mama rasa sebaliknya.rasa mcm bius tu tak jalan kot.mmg sakit pastu mama hilang byk darah smpi kena masuk air berbotol2,nasib baik x masuk darah.doktor ckp Faris xde kedua2 belah buah pinggang dan pundi kencing,so kalau Faris hidup pun mmg terseksa.mama redha, sbb mama tahu itu yg terbaik buatmu sbb skrg Faris dah tentu berada di syurga.mama bangga dpt mengandungkan Faris dan mama puas sbb mama dah usaha utk selamatkan Faris.sepanjang mengandung pun babah sentiasa bagi semangat kat mama,sbb tu mama x rasa tekanan sgt.abg Fahim pun mmg sentiasa ingat kat Faris, bila org tanya sape nama adik, abg akan sebut nama Faris.syukur alhamdulillah, anak2 mama adalah yg terbaik bagi mama.
Wednesday, March 17, 2010
busy

Gambar ni diambil masa Ahmad Fahim umur setahun, kalau x silap lah..masa ni kitorang baru smpi Keratong utk menghadiri majlis pernikahan adik lelakiku.suka sgt tgk gambar ni sbb masa ni semua tgh ceria...hehe..hari ni kat ofis, kerja bertimbun-timbun.byk yg kena update, maklumlah bos ada hari ni..tp xpe,bila busy x perasan pun masa berlalu...cuma ada masa tu aku akan call rumah utk tanya keadaan suamiku...Alhamdulillah,hari ni dia ckp badan rasa ok skit...selera mkn pun dah ada...lega skit bila mendengarnya...harap2 keadaan akan bertambah baik...amin..
Tuesday, March 16, 2010
keluargaku

Ni gambar raya tahun lepas, kalau x dah berempat dah.kitorang jarang amik gambar sama2 sbb babahnya x suka sgt bergambar.semalam, alhamdulillah suamiku dapat habiskan 4 jam tempoh dialisis tu.nasib baik tekanan darah dia x turun lg.hari selasa depan dia ada appointment kat hospital Mahkota utk wat tapak kat tangan.sementara ni masih pakai kat leher tp ada risikonya sbb benda tu terus ke jantung.minggu ni pun aku dah start rasa gerak baby dlm perut ni sbb minggu ni nak masuk 5 bln dah...hehe...tp perut tak nampak sgt...suamiku dah start tanya pasal nak beli brg baby..dia nampak cam excited skit..harap2 baby ni sihat dan sempurna mcm abg Fahim dia...Amin..
Monday, March 15, 2010
dialisis
hari ni suamiku dialisis, tadi dia call ckp tekanan darah dia rendah sgt.kalau makin turun mmg kena stop dialisis.aku dah tak tau nak wat camne, ubat darah tinggi kena mkn 3 kali sehari.bila mkn jadi camni plak.mgkn kena kurang kan jadi sekali atau 2 kali je sehari.rasa hati tak tenteram je kat ofis ni.pukul 12.30 ni aku nak kuar pegi tmpt dialisis tu.pukul 2 nanti aku masuklah blk ofis.rasa mcm nak amik cuti tanpa gaji je utk sebulan.sekurang-kurangnya sehingga suami ku stabil.entahlah, buntu rasanya fikiran ni.kalau amik cuti tanpa gaji nanti problem plak,sbb aku ni kontrak lagi.silap2 kena buang keje atau x sambung kontrak plak.harap2 suamiku xde apa2.
Thursday, March 11, 2010
permulaan cerita
hari ni hari Jumaat.esok lusa cuti, x sabar rasanya.bukan sbb nak pegi jalan2 atau shopping mcm dulu2 tp skrg aku lebih suka berada di rumah jaga husband dan anak.kalau hari kerja pun aku x boleh nak fokus sgt sbb mesti teringat kat husband kat rumah yg x berapa sihat.baru sebulan lebih kami tahu yg dia sakit buah pinggang.dia dah start buat hemodialisis tp buat masa skrg 2 kali seminggu je.juga teringat kat anak yg baru pulih dari demam campak.anak ku Ahmad Fahim makin petah dan cerdik, dia tahu babah dia sakit so bila aku xde, dia yg selalu ingatkan babah dia untuk mkn ubat.dia baru berumur 2 tahun setengah.dia menjadi penghibur dan pembakar semangat kepada suamiku.semasa suamiku terlantar di hospital selama sebulan lebih, Ahmad Fahim lah menjadi penglipurlara kepada penghuni wad 3-4 hospital besar melaka.berbalik kepada hal suamiku, hari ni aku sedikit risau sbb pagi td bdn dia panas spt nak demam.smlm dia pegi berubat smpi 2 tempat,keluarga mertuaku yg bawa.bila blk aku tgk dia dah terlampau letih.harap2 dia xde apa2.sebenarnya terlalu byk dugaan yg aku hadapi dlm hidup ini.sblm ni anak kedua ku meninggal juga disebabkan masalah buah pinggang.19 mac ni genaplah setahun kelahiran dan pemergiannya.dia meninggal 3 jam selepas lahir.aku redha dengan setiap yg berlaku tp aku akan berusaha untuk sentiasa memperbaiki keadaan.Allah bagi ujian mengikut kemampuan kita,kalau kita mmg penyabar maka byklah dugaannya.itulah nasihat yg aku terima dari seorang sahabat yg tak pernah aku bersua muka.kenal hanya melalui fb.InsyaAllah aku akan cuba menjadi insan yg kuat demi suami dan anak2 ku (termasuk yg dlm kandungan ni ). :)
Wednesday, March 10, 2010
Bismillahhirrohmanirrahim...
salam semua,
ini first time aku wat blog.terpengaruh ngan kengkawan dan adik aku yg dah mmg ada blog.mgkn aku leh share something ngan semua.lebih2 lg tentang pengalaman hidup aku...semoga tak terpesong niat ku dgn adanya blog ini...
ini first time aku wat blog.terpengaruh ngan kengkawan dan adik aku yg dah mmg ada blog.mgkn aku leh share something ngan semua.lebih2 lg tentang pengalaman hidup aku...semoga tak terpesong niat ku dgn adanya blog ini...
Subscribe to:
Comments (Atom)