Tuesday, April 20, 2010

busy

dah lama aku tak dpt update blog ni...dgn busynyer pastu internet plak down..skrg aku byk uruskan hal suami aku..smpi kadang aku terlupa pasal hal aku sendiri, monthly check up kat klinik pun aku x pergi, smpi nurse dtg rmh cari aku....fening kepala den...pastu aku ada tugasan pasal reunion kengkawan lama, aku kena survey tmpt tp semua dah fully booked..minta maaflah kengkawan semua..aku usaha mana yg terdaya je, minta maaf sekali lg..sabtu lepas suami aku dah start dialisis guna tapak yg kat tgn tu, alhamdulillah dia semakin stabil..hari isnin lepas pegi GH untuk amik darah, sian dia sbb byk kali cucuk baru kuar darah..dah lah dia kena puasa dari malam sblmnyer, pastu abis amik darah dlm pukul 10 lebih...ramai gila org yg tggu turn utk amik darah rupanya..pastu aku pegi hospital putra plak, ada appointment ngan doc Ishaireen untuk detail scan. syukur sgt sbb dari result scan tu baby xde masalah pape..semua organ dalaman dan aliran darah adalah normal..air ketuban pun cukup..mmg lama scan tu, siap leh nampak muka, mata, mulut, hidung, jari dll...yg penting buah pinggang dia berfungsi dgn baik...syukur sgt...ahmad fahim plak dlm minggu ni makin manja ngan aku, nak pegi keje pun x bagi...mgkn dia dah tau dia nak dpt adik sbb tu dia manja sgt ngan aku...byk benda yg berlaku dlm hidup aku sejak kebelakangan ni tp nantilah baru cerita...aku pun dah start list kan barangan baby yg perlu dibeli, dan yg penting kali ni aku berazam untuk bagi susu bdn sepenuhnya. sekurang2nya sampai umur baby 6 bulan, so kenalah prepare duit untuk beli set pam susu yg siap ada cooler beg tu. kalau kat ofis pun boleh pam jgk, x silap aku harganya dalam RM600 lebih..chaiyok chaiyok..

Thursday, April 8, 2010

mak busu & ahmad fahim



dah lama x update blog ni, entah bila masa pulak dpt cantikkan blog ni. skrg cam busy skit, ada 6 week training utk technician so byk material kena siapkan. pastu dgn keje2 lain yg bos bagi lg, pastu dgn keje aku yg terbengkalai sbb aku byk amik cuti jaga suamiku yg sakit sblm ni dan lain2 lagi. ish ish ish cam mengeluh je, hehe...bukan mengeluh tp kenyataan. nasib baik ada kerja, tak perasan masa berlalu.tau2 je dah nak balik..minggu ni rasa mcm tense skit sbb minggu ni pun aku tak brape sihat sgt. slalu sakit kepala dan perut plak asyik memulas je. tak tau kenapa...tp aku gagah kan jugak buat keje mcm biasa. bila kat rumah pun bukan dpt rehat sgt sbb tak smpi hati tgk ahmad fahim main sensorang. lagipun kalau x layan nanti dia asyik gaduh dgn mak busu dia, mak busu dia pun satu, asyik nak menyakat je. lg pening kepala aku kalau diorg bergaduh..asyik berebut chanel tv je...



hehe...ni gambar lama, masa ni rasanya ahmad fahim belum pun setahun lagi. bukannya boleh amik gambar berdua, asyik gaduh je...hehe...aku mmg suka melayan ahmad fahim, selalu berborak dan bercerita dgn dia. sblm tido mesti bercerita dgn dia, tak kira lah cerita pasal apa pun..dia pun kalau cerita nak tergelak aku dengar..mcm2 yg dia masukkan, pasal ultraman lah, spiderman lah pastu dia akan cerita pasal babah dia. skrg dia dah pandai doakan babah dia, doanya..."Ya Allah Ya Tuhanku Kau sembuhkan lah babah amad, amin"..pastu dia akan tanya babah dia, "babah ok tak? babah dah sihat tak?"...kadang nak tergelak, kadang rasa sayu pun ada..dia mmg amat faham keadaan babah dia...berkat nama fahim yg bermaksud memahami..semoga kau akan jadi seorang insan dan anak yg soleh ye sayang..amin...hari ni suamiku pergi dialisis, harap2 dia dpt laluinya dgn tiada sebarang masalah. selagi belum stabil, aku mmg risaukan keadaan dia. esok nak pegi hospital mahkota utk jumpa doktor berkenaan tapak yg wat kat tgn tu. harap2 cepatlah aktif....byk benda aku nak cerita sebenarnya...tp nantilah dulu...berjumpa di lain entry..

Wednesday, March 31, 2010

scan

hari ni baru mula keje blk setelah bercuti selama 5 hari, suamiku x sihat smpi xleh bangun. nak pegi bilik air pun kena papah sbb bdn dia lemah sgt.tp hari ni nampak ok skit, cuma dia mengantuk sbb xleh tido mlm.bila mlm je batuk dia makin teruk, mgkn sbb sejuk agaknya. Ahmad Fahim pun mcm nak kena selsema tp awal2 aku dah bg ubat dah. syukur alhamdulillah, aku masih berdaya lg untuk menjaga kedua2 insan tersayang. skrg kandunganku dah nak masuk 5 bulan setengah. pergerakan baby dari hari ke hari makin kuat ku rasa. aktif mcm abang dia. kelmarin sementara tunggu suamiku dialisis, aku pegi klinik terdekat untuk scan. tujuan utama untuk tgk keadaan kandunganku, air ketuban dll. doktor kata semua ok tp kalau aku x puas hati, boleh buat detail scan kat hospital swasta yg beliau syorkan. mgkn sbb aku byk tanya kot, sbb tu dia suh wat detail scan. sebenarnya aku masih ada perasaan fobia dgn apa yg berlaku kpd arwah anak ku Faris, sbb tu aku byk tanya. yelah, dlm keadaan skrg aku x boleh abaikan kandunganku, lgpun suamiku selalu pesan jgn disebabkan diri dia smpi kandunganku terabai. InsyaAllah, selagi terdaya aku akan jaga ketiga2 insan penting dlm hidupku, suamiku, Ahmad Fahim dan kandunganku. dan aku juga xkan melupakan Ahmad Faris, walaupun dia tidak bersama kami. masa scan tu aku saja je tanya kot2 leh nampak jantina kandunganku, doktor pun trylah tgk..tetiba dia senyum dan tunjukkan sesuatu...hehe...baby boy (maybe katanya). alhamdulillah, aku mmg x kisah sama ada boy atau girl, walaupun yg sblm ni kedua2nya lelaki. asalkan dia sihat dan sempurna...amin..

Sunday, March 21, 2010

suamiku...

Salam semua,

gambar sebelah ialah gambar suamiku sblm dia sakit.saje masukkan gambar ni sbb aku mmg suka tgk bila dia tgh mentelaah.alhamdulillah, smlm dia dah selamat buat tapak utk dialisis kat tangan,cuma lepas ni kena tggu 6 minggu utk tempoh matang tapak tu.kalau dah boleh guna kat tangan, tiub yg kat leher tu bolehlah dicabut...kesian dia, tido pun x selesa..terima kasih kat pakcik Umar sbb bermurah hati utk tanggung kos wat tapak tu...kena dalam seribu lebihlah jugak...syukur sgt sbb ada org tolong, sbb aku pun bknnya ada duit sgt, gaji pun x besar.pastu bayaran dialisis pun kena tanggung sendiri selagi belum dpt bantuan mana2 agensi.tp setakat ni, alhamdulillah sbb segalanya sentiasa dipermudahkan olehNYA.mungkin sbb semasa sihat, suamiku sentiasa menolong org tanpa mengharapkan balasan.mmg ramai yg berhutang dgn suamiku tp dia x pernah pun minta dibayar balik.walau susah mcm manapun dia x pernah susahkan org lain.bila ditanya, dia akan jawab takpe sbb Allah dah tetapkan rezeki masing2.aku amat bersyukur sbb dpt seorang suami sptnya,susah senang kita bersama.

Thursday, March 18, 2010

Ahmad Faris Bin Hj Mohd Khir Rashidy


Salam semua.Hari ni genap setahun kelahiran dan pemergian anak keduaku Ahmad Faris Bin Hj Mohd Khir Rashidy.dia meninggal selepas 3 jam dilahirkan.gambar di atas diambil oleh doktor pakar yg incharge hari tu.gambar hitam putih je.ini je kenangan yg ada tp Faris mmg sentiasa dlm ingatan mama.mama ingat lg hari tu doktor bagi pilihan kat mama, sama ada nak bersalin induce/normal atau operation.katanya kalau induce/normal akan beri tekanan pada Faris sbb takut Faris lemas tp kalau operation mmg risiko pada mama.tp mama pilih operation sbb nak selamatkan Faris.tp dah memang perjanjianNya, Faris pergi jua.walaupun operation tp mama rasa sakitnya,org ckp operation tak sakit tp mama rasa sebaliknya.rasa mcm bius tu tak jalan kot.mmg sakit pastu mama hilang byk darah smpi kena masuk air berbotol2,nasib baik x masuk darah.doktor ckp Faris xde kedua2 belah buah pinggang dan pundi kencing,so kalau Faris hidup pun mmg terseksa.mama redha, sbb mama tahu itu yg terbaik buatmu sbb skrg Faris dah tentu berada di syurga.mama bangga dpt mengandungkan Faris dan mama puas sbb mama dah usaha utk selamatkan Faris.sepanjang mengandung pun babah sentiasa bagi semangat kat mama,sbb tu mama x rasa tekanan sgt.abg Fahim pun mmg sentiasa ingat kat Faris, bila org tanya sape nama adik, abg akan sebut nama Faris.syukur alhamdulillah, anak2 mama adalah yg terbaik bagi mama.

Wednesday, March 17, 2010

busy


Gambar ni diambil masa Ahmad Fahim umur setahun, kalau x silap lah..masa ni kitorang baru smpi Keratong utk menghadiri majlis pernikahan adik lelakiku.suka sgt tgk gambar ni sbb masa ni semua tgh ceria...hehe..hari ni kat ofis, kerja bertimbun-timbun.byk yg kena update, maklumlah bos ada hari ni..tp xpe,bila busy x perasan pun masa berlalu...cuma ada masa tu aku akan call rumah utk tanya keadaan suamiku...Alhamdulillah,hari ni dia ckp badan rasa ok skit...selera mkn pun dah ada...lega skit bila mendengarnya...harap2 keadaan akan bertambah baik...amin..

Tuesday, March 16, 2010

keluargaku



Ni gambar raya tahun lepas, kalau x dah berempat dah.kitorang jarang amik gambar sama2 sbb babahnya x suka sgt bergambar.semalam, alhamdulillah suamiku dapat habiskan 4 jam tempoh dialisis tu.nasib baik tekanan darah dia x turun lg.hari selasa depan dia ada appointment kat hospital Mahkota utk wat tapak kat tangan.sementara ni masih pakai kat leher tp ada risikonya sbb benda tu terus ke jantung.minggu ni pun aku dah start rasa gerak baby dlm perut ni sbb minggu ni nak masuk 5 bln dah...hehe...tp perut tak nampak sgt...suamiku dah start tanya pasal nak beli brg baby..dia nampak cam excited skit..harap2 baby ni sihat dan sempurna mcm abg Fahim dia...Amin..