Monday, June 21, 2010

pregnancy check up

semalam aku gi check up kat klinik kerajaan. sesape yg baca blog aku mungkin dah tahu yg kandunganku songsang masa check up sblm ni. check up kali ni mmg lama sbb smpi 2 org nurse yg check perut aku sbb diorg x confident sama ada baby aku dah pusing atau masih songsang atau melintang. nurse yg mula2 check ckp baby aku dah pusing, kepala dah kat bawah tp bila check lg sekali dia ckp mcm melintang plak..bila check denyutan jantung baby, kedudukan kepalanya mcm dah kat bwh..sorang lagi nurse check pun mcm tu jgk, ckp x pasti sbb baby aku asyik gerak je...last sekali diorg ckp baby aku dah pusing kepala kat bawah..kesimpulannya diorg bgtau baby boleh berpusing sbb masih ada ruang utk dia bergerak. diorg ckp baby aku x besar sgt sbb tu masih ada ruang utk dia berpusing. Alhamdulillah kalau betul dia dah berada pada kedudukan yg betul..

Thursday, June 17, 2010

berkira2 utk beli sesuatu...

salam,

dalam fb aku ada mention nak beli sesuatu tp aku x bgtau apabenda yg aku nak beli..sebenarnya aku tgh berkira2 nak beli sesuatu utk persediaan akan datang...benda yg aku nak beli ialah...tadaaa..

hehe...aku nak beli pam susu utk persediaan aku breastfeeding baby yg dalam perut ni...hehe..aku dah survey mcm2 jenama utk pam ni, contoh mcm kat atas tu jenama avent pastu ada jenama medela, ameda dll..yg ni semua mmg mahal2 belaka..makan ratus2 ringgit jgk sbb siap dgn cooler bag, ice pack, botol susu etc. tgklah camne nanti sbb aku lum decide lg nak beli yg mana. nak beli yg biasa2 pun ok jgk tp takut x tahan lama sbb aku berazam nak breastfeed paling kurang smpi umur 6 bulan dan kalau ada rezeki smpi umur 2 tahun...hehe...semangat tgh berkobar2 ni...org ckp mmg byk dugaan kalau nak fully breastfeed bg org yg bekerja tp aku nak usaha jgk smpi berjaya...InsyaAllah...usaha tangga kejayaan...

Monday, June 14, 2010

kandungan songsang

hari ni kandungan masuk 32w 5d. semalam pegi check up kat GH. appointment pukul 9.30, selesai dalam pukul 12 tgh hari. kalau check up hari isnin memang ramai gila orang, tp alhamdulilllah kiranya aku abis awal jgk dari org2 yg dtg awal dari aku. kira special kes lah aku ni, sbb smlm aku di check oleh 2 org doktor pakar. smlm jgk aku kena wat detail scan lagi sekali walaupun aku ckp dah wat detail scan kat swasta. tp doktor pakar kat sini nak tgk gak sbb nak bagi puas hati, katanya. so bila tiba giliran aku nak kena wat detail scan, terpaksalah aku potong giliran sbb doktor pakar tu nak cepat sbb lepas tu dia kena pegi ke labour room. Alhamdulillah baby takde masalah apa2 tp doktor cakap kandungan aku SONGSANG. sekarang dah 32 minggu, doktor cakap baby masih boleh pusing lagi tp kalau dah masuk 36 @ 37 minggu nanti kalau masih songsang doktor ckp terpaksa ceaser.. tp aku berharap sgt supaya aku dpt bersalin normal. 12 julai nanti kena check up lg skali utk decide sama ada kena ceaser atau boleh normal..sayang mama, tolonglah pusing ye sayang..duduk pada kedudukan yg betul ok..mama berazam utk breastfeed adik sebaik je lepas lahir...kali ni mmg mama dah pasang niat utk fully breastfeed adik paling kurang smpi umur 6 bulan, dan kalau ada rezeki biarlah smpi umur 2 tahun. masa ahmad fahim dulu cuma dpt breastfeed smpi umur 5 bulan je, itupun dah terpaksa campur dgn susu formula..ya Allah permudahkanlah segala urusanku ya Allah...amin..

Sunday, June 6, 2010

pressure..

aku skrg teramat2 pressure...dah x larat sgt dah..sampai aku rasa malas nak wat apa2 keje.dugaan demi dugaan yg aku lalui tp aku mmg masih boleh terima, cuma aku dah tak larat dah..kandungan dah masuk 31w4d.mcm2 yg aku perlu fikir, dan aku skrg terlalu sensitif dgn keadaan sekeliling..org tgk aku kuat tp bila dah terlalu lama dlm situasi skrg, aku dah makin lemah...rasa mcm nak amik cuti tanpa gaji sampai aku bersalin, tp boleh ke???aku perlukan rehat, amat2 memerlukannya...rehat minda dan badan..aku skrg selalu risau, bukan risaukan diri sendiri, tp risaukan org sekeliling, husband, ahmad fahim & my baby.husband makin stabil tp ahmad fahim plak makin manja ngan aku..bila dia sakit perut skit pun aku dah risau..kesian ngan dia bila2 baru2 ni dia x boleh buang air besar, dah 3 hari x buang tp bila teran x kuar..smpi kepenatan dan tertidur dia...aku sedih bila tgk keadaan dia..hari keempat baru dpt buang...aku fobia bila org2 kesayangan ku sakit, aku dah x sanggup nak hadapi lagi..biarlah aku je yg sakit tp bukan mereka...lepas kehilangan ahmad faris (anak kedua) pastu husband plak masuk hospital (di diagnosis sakit buah pinggang dan perlukan dialisis) pastu aku kena siapkan duit dialisis sbb socso x tanggung, aku dah x larat nak hadapi lagi, lebih2 lagi dalam keadaan aku yg berbadan dua. risau dgn kandungan lagi, selalu kena pegi check up sbb kes yg lepas (kematian ahmad faris)..bila dlm keadaan ni tentu prestasi kerja aku pun terjejas, aku rasa bersalah sgt dgn bos dan rakan sekerja smpi aku rasa nak berenti je..aku bukan mengeluh atau merungut tp aku cuma dah tak larat je...aku redha dgn semua ini cuma aku tgh pressure skrg ni...hanya padaMu sahaja ya Allah aku berserah...